Friday, 3 June 2011

Refleksi 4 Jun 2011( Sabtu )

Pada pagi itu,kami kumpulan KDPM KDC ( PT/BM ) berjalan tergesa-gesa apabila berjumpa tuan pensyarah kami iaitu Encik Abu Bakar.Rupa-rupanya beliau juga sedang tunggu untuk KO kami.Dialah yang memegang kunci bilik Sumber.Kami duduk di tangga hadapan Blok C.Sementara tunggu KO kami tiba,tuan pensyarah kami meminta beberapa soalan.Beliau meminta kami mengimbas kembali topik-topik yang telah belajar dan yang akan belajar di semester 4 ini.Beliau juga meminta kami tiga objektif yang telah diberitahu di kelas lepas.Kami seramai 16 orang telah memberi pelbagai jenis jawapan yang tidak tepat sehingga beliau berasa kecewa. Kami berasa serba salah kerana tidak dapat menjawab soalan beliau.

Selepas beberapa saat,kami juga mula menjawab soalan beliau.Apa yang beliau meminta kami jawab ialah mengimbas kembali apa yang berlaku / apa yang diajar dari mula sampailah tamat kelas semalam.Saya sendiri telah menjawab iaitu pada permulaan kelas beliau telah menanya khabar kami.Apabila mendengar jawapan itu daripada saya beliau telah ketawa.Seterusnya kawan-kawan saya mula manjawab bahawa beliau telah meminta meneroka blog pendidikan,melihat contoh-contoh blog,membincangkan kandungan blog dan sebagainya.Beliau ketawa dan menerima segala jawapan kami.

Pelajar yang tak dapat jawab pula beliau menyoal   mereka apa yang telah dimakan malam semalam.Apabila soalan itu dapat dijawab beliau ketawa dan memberitahu " asyik fikir pasal makan sahaja".Selepas itu beliau meminta kami memberitahu 10 ciri -ciri membina blog dan faedahnya.Syukur kepada tuhan kerana kami dapat menjawabkannya.

Selepas 15 minit KO kelas kami sampai ke BLOK C dengan menunggang motosikalnya dengan laju dan tanpa memakai  topi keledar.Tuan Pensyarh kami meneguh KO kami dan memberitahu dia boleh dikena saman kerana dipandu laju dan tidak memakai topi keledear.Tiba-tiba beliau bangun tergesa-gesa karana digigit semut.

Tepat pada pukul 8.30 pagi datanglah tiga orang rakan kami lagi.Apabila disoal kenapa datang lambat,jawapannya ialah bangun lambat.Kemudian beliau menanya kami dah sarapan ke belum?Satu kelas kata " belum ".Tuan pensyarah kami meminta kami pergi bersarapan dahulu dan masuk ke kelastepat pada pukul 8.30 pagi.Sebelum itu beliau memberi kami tugasan iaitu menulis refleksi tentang apa yang berlaku pada pagi ini dalam satu muka surat.

Dengan pelbagai idea kami pun bergi bersarapan beramai-ramai......................

No comments:

Post a Comment